Saturday, February 17, 2018

Misteri batu bersusun disungai

Misteri batu bersusun
SUKABUMI -INDONESIA. Fenomena batu bersusun di Sungai Cidahu di Sukabumi mencetuskan persoalan penduduk setempat pada minggu lalu.

90 batu berdiri disusun teratur di aliran sungai kampung Cibojong, Desa Jayabakti, Kecamatan Cidahu, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat itu pada asalnya dikaitkan dengan perkara mistik.

Namun, ada segelintir pihak percaya fenomena batu bersusun yang tular di media sosial adalah perbuatan manusia.

"Saya mendapat maklumat, susunan itu dibuat dengan sengaja sekumpulan pemuda dengan tujuan untuk mengajak masyarakat menjaga alam sekitar. Tetapi, ia disalah anggap sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan perkara mistik," kata Setiausaha Desa (Sekdes) Jayabakti, Agus Muzamil.

Menurutnya, dia terlebih dahulu mencari maklumat tentang kejadian pelik itu yang pernah berlaku di tempat lain.

Polis Yan tahan 62 suspek beberapa kes jenayah membabitkan harta awam

Polis Yan tahan 62 suspek
YAN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah membabitkan harta awam susulan beberapa siri tangkapan dan serbuan dijalankan di daerah ini sejak bulan Disember tahun lalu hingga awal bulan Februari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, operasi yang dijalankan oleh pegawai dan anggota IPD Yan adalah sebagai persediaan menghadapi Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Halim berkata, pihaknya telah berjaya menahan seramai 62 orang suspek berusia antara 17 hingga 51 tahun, membabitkan pelbagai kes kecurian harta awam di daerah berkenaan.

Menurutnya, antara kejayaan itu termasuk, penahanan dua lelaki berusia 25 dan 34 tahun yang aktif mencuri bateri kenderaan seperti bateri kereta dan lori yang diparkir di tempat sunyi melalui Ops Lusuh.

Katanya, susulan tangkapan kedua-dua suspek itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes kecurian bateri serta dapat mengenalpasti dan mengeluarkan saman kepada pemilik tiga buah kedai barangan lusuh di sekitar Guar Chempedak yang dipercayai terlibat dalam urusan beli barangan curi terbabit.

Friday, February 16, 2018

PRU 14 : Ayuhlah kita realisasikannya!

ATRIZA UMAR

Ayuhlah kita realisasikannya!
Pilihan raya perbezaan negara kita dengan negara Arab, peluang itu kita nampak di sini. Namun di dunia Arab peluang seperti ini tidak nampak.

Kalau inginkan juga, perlulah terpaksa melalui perebutan yang dasyat, hingga mengorbankan nyawa, keluarga dan harta yang akhirnya, boleh jadi rakyat itu berpeluang atau mungkin tiada langsung dapat melihat segala apa yang diperjuangkannya itu berikutan kemusnahan dan desakan yang berlaku semata-mata untuk meraih peluang tersebut.

Sebagaimana Algeria yang menang pilihanraya, mereka ingat peluang sentiasa terbuka, tetapi tidak sama sekali. Hingga sampai satu tahap rakyat yang menentukan pemimpin, kuasa negara tidak membenarkan sebagaimana negara Mesir. Setahun selepas itu, kuasa tentera berkuasa semula dan peluang rakyat negara itu sama sekali musnah.

Bagaimana kita pandang negara kita ini? Ada kemungkinankah negara kita berpeluang untuk menukar pemerintahan? Negara kita menggunakan pendekatan sistem demokrasi.

Hanya kita perlu tambah sedikit keberanian kerana demokrasi ini mereka boleh peralatkan juga.

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu melihat semua faktor-faktor ini. Bagaimana kita boleh atasi dan harungi kemungkinan-kemungkinan halangan yang timbul, sehingga pilihanraya ini dilaksanakan dengan baik, telus dan amanah tanpa ada tangan-tangan kotor merosakkannya?

#AnalisisTaktikal: LIGA SUPER - Kedah Attacking vs Perak

#AnalisisTaktikal: Kedah Attacking vs Perak


Kali ini, saya ulas tentang serangan Kedah vs Perak. Asasnya Kedah bermain dalam sistem 4-2-3-1 dan 4-4-1-1 dengan Sandro menjadi sokongan kepada Pallares.

Pallares adalah typical poacher no.9 dan perlu disuap lebih banyak. Servis itu kurang diberikan. Secara jujurnya, Pallares ada isu dengan komunikasi dengan rakan sepasukan.

Seterusnya, dalam kerangka lebih besar, Kedah lack of teamplay. Terlalu banyak keputusan based on unrealistic dan ambitious.

Pallares pula masih gagal untuk lebih settle down. Mungkin tekanan pada beliau membuatkan dia melakukan beberapa percubaan lemah. Saya cakap mungkin je la. Harap shot technique dia betul ok la. Kalau memang tak ok, Marcote kena fokus kepada isu ini.

Namun seorang poacher ni kelebihan dia adalah mencari dan mencipta space. Itu adalah perkara yang Kedah harus jadikan kata kunci dalam latihan taktikal mereka.

Baka ini memang bukan baka yang sesuai untuk modern football dan juga taktikal yang memerlukan attacker involve actively dalam teamplay.

Kaum Cina sokong Pas di 'belakang tabir'

Kaum Cina sokong Pas di 'belakang tabir'
KUALA TERENGGANU – Kaum Cina diakui lebih suka memilih ‘belakang tabir’ dalam menyatakan pendirian dan sokongan terhadap Pas berbanding aktif bergerak bersama-sama parti itu.

Perkara tersebut diakui Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Dr B Chandran yang menyifatkan kebanyakan kaum Cina ditemuinya lebih suka menyatakan sokongan secara senyap.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak segelintirnya tetap menunjukkan sokongan secara terbuka termasuk menjadi ahli DHPP.

“Kaum Cina ada yang jadi ahli DHPP tapi tidak ramai. Dalam Terengganu pun ada dua orang yang masuk dan di Selangor boleh kata 10 hingga 11 orang yang daftar sebagai ahli DHPP,’ katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau yakin, dengan pelbagai isu yang melanda kepimpinan DAP ketika ini termasuk keangkuhan pimpinan parti tersebut terhadap Pas khususnya, kaum Cina sudah mula menunjukkan perubahan sikap terhadap Pas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...