Monday, October 11, 2021

PANDORA PAPERS DEDAHKAN KEKAYAAN NEGARA TERUS DISELUDUP, TETAPI NAJIB PULA GESA GST


 PANDORA PAPERS DEDAHKAN KEKAYAAN NEGARA TERUS DISELUDUP, TETAPI NAJIB PULA GESA GST 

1. Kontroversi “Pandora Papers” bukanlah isu yang baharu, malah pendedahan mengenai simpanan luar pesisir (offshore) sebegini telah berlaku beberapa kali dalam dekad yang lepas. Setiap kali pendedahan ini dibuat, khususnya ketika pentadbiran Najib Razak, nama Malaysia pasti akan terpalit. Dalam pendedahan “Panama Papers” pada tahun 2016, sekurang-kurangnya 1,784 individu Malaysia telah dinamakan, termasuk anak Najib, Mohd Nazifuddin. Pada tahun 2015, pendedahan “Swiss Leaks” telah menunjukkan bahawa 93 akaun klien berkait dengan Malaysia.

2. Semua pendedahan ini menunjukkan bagaimana ahli politik dan orang kaya lari daripada cukai dan menyimpan kekayaan mereka dalam akaun-akaun tersembunyi di negara lain, yang selalunya mempunyai kadar cukai yang rendah. Akibatnya, Malaysia kehilangan hasil cukai, sehinggakan rakyat B40 dipaksa bayar cukai lebih tinggi, contohnya menerusi GST.

Sunday, October 10, 2021

ORANG MELAYU DIKELIRUKAN OLEH PAS ATAS ISU PERKAUMAN DAN AGAMA.


 ORANG MELAYU DIKELIRUKAN OLEH PAS ATAS ISU PERKAUMAN DAN AGAMA.
NAK SEKOLAHKAN WALAUN'S JAP.

Politik Malaysia dikelirukan dengan isu perkauman dan agama yang dimainkan oleh pas melalui wallaun PAS di seluruh Semenanjung.

Kita kena cerdik dan faham politik di Malaysia supaya tidak mudah tertipu dengan putar belit pas dan umno kononnya melayu akan tumbang dan diperintah oleh Cina DAP. 

Ramai orang melayu di luar bandar khususnya dan malah segelintir kakitangan kerajaan telah terpengaruh dengan hasutan PAS tanpa membuat kajian secara terperinci. 

Berikut saya lontarkan untuk anda fikirkan secara ilmiah dan bukannya berpandukan kepada alasan di luar kotak:

1) Di Malaysia kita mempunyai kerusi Parlimen sebanyak 222 iaitu:

 a) Semenanjung dan WP Labuan sebanyak 166 kerusi

b) Sabah 25 kerusi

c) Sarawak 31 kerusi

Saturday, October 9, 2021

SYABAS KERAJAAN MELAYU ISLE.. GAJI MINIMA DILONGGARKAN DARI RM1500 KE RM1200..!


Ingatkan bila nak buang pekerja asing diganti dengan rakyat Malaysia dapatlah warga Malaysia menikmati gaji minima RM1500... Namun dok bagi kelonggaran pulak kepada majikan pie turunkan gaji minima ke RM1200.. 

Nie bukan nak bagi senang rakyat... kata kerajaan Melayu Isle nak bantu rakyat.. last pie tolong bantu majikan...







 

Friday, October 8, 2021

Pandora Papers nie natang paa..?


 1/3. Apa itu Kertas Pandora?

Penyiasatan Pandora Papers adalah kerjasama kewartawanan terbesar di dunia, yang melibatkan lebih daripada 600 wartawan dari 150 media di 117 negara. 

Penyiasatan ini didasarkan pada kebocoran rekod sulit 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang memberikan perkhidmatan profesional kepada individu kaya dan syarikat yang ingin menggabungkan syarikat shell, amanah, yayasan dan entiti lain dalam bidang kuasa rendah atau tanpa cukai. 

Entiti tersebut membolehkan pemilik menyembunyikan identiti mereka dari orang ramai dan kadang-kadang dari pengawal selia. Selalunya, penyedia membantu mereka membuka akaun bank di negara-negara dengan peraturan kewangan yang ringan. 

Data 2,94 terabyte, dibocorkan ke ICIJ dan dikongsi dengan rakan media di seluruh dunia, tiba dalam pelbagai format: seperti dokumen, gambar, e-mel, spreadsheet, dan banyak lagi.

Monday, October 4, 2021

BUKAN TUJUAN NAK MENGATA KAT PAS... TETAPI.... NAK AJAK BERFIKIR..!


 BUKAN TUJUAN NAK MENGATA.....TETAPI....
NAK AJAK BERFIKIR

Hari ni, saya nak senaraikan 18 isu yang diapi-apikan oleh PAS untuk menyerang pentadbiran kerajaan PH dan sebahagiannya semasa era BN memerintah dahulu.

Angka 18 adalah bersempena sejumlah 18 Ahli Parlimen parti itu dan setelah lebih 18 bulan PAS menjadi sebahagian anggota pentadbiran kerajaan persekutuan. Namun tiada satu pun isu yang mereka api-apikan itu berjaya ditangani malah menjadi 'pencacai' pula kepada kerajaan yang gagal realisasikan perjuangan mereka!

1. Isu judi. 

Konon semasa era PH dahulu mereka desak kerajaan supaya menghapuskan segala macam bentuk judi. Samada berlesen mahupun tidak. Konon mahu kaitkan PH dengan taukeh-taukeh judi. 

Sebaliknya apa yang berlaku? Ketika era PH ( Ada DAPbersama ).. cabutan judi dikurangkan dari 22 kali kepada 8 kali sahaja setahun. 

Di zaman PAS bersama MCA ( 2 KERUSI ) menjadi sebahagian kerajaan? Dinaikkan kembali jumlah cabutan judi kepada 22 kali setahun. Siapa yang 'bela' atau 'dibela' taukeh judi sebenarnya ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...