Monday, February 19, 2018

Adakah berbeza parti politik menggambarkan berbeza Aqidah & Syariah?


Berbeza parti politik bukan bererti berbezanya aqidah dan syariah. Samada menyokong Pas, UMNO, Amanah, Bersatu dan Keadilan, atau Dap dan mana mana parti politik, mereka masih berkiblatkan Kaabah, kubur dan masjid mereka masih sama, walaupun mereka mungkin berbeza pakaian, penampilan dan tutur kata.

Tidak ada sesiapa pun dari kalangan mereka yang layak digelar kafir, apalagi harbi selagi aqidah mereka tidak terbatal dan disahkan oleh mahkamah syariah mengikut undang undang negara.

Imam Al Ghazali r.a berkata:

" kami tidak pernah mengkafirkan ahli kiblat"

Begitu juga tidak ada sesiapa pun yang layak digelar munafik kerana keengganan mereka menyokong perjuangan parti tertentu kerana munafik ialah mereka yang menyembunyikan kekufurun dengan berpura pura mengaku Islam. Sifat ini hanya wujud dalam masyarakat yang asalnya tidak Islam dan telah berubah menjadi negara Islam seperti yang berlaku di Madinah. Tidak ada golongan munafik ketika Islam sedang berkembang di Mekah.


Berbeza parti politik hanyalah satu perbezaan wadah dan uslub, bukan perbezaan aqidah dan syariah. Sebagai contoh Pas beranggapan menegakkan hukum hudud adalah satu keutamaan berbanding kemenangan dalam pilihanraya. Namun Amanah melihat menjatuhkan kerajaan yang kleptokrasi seperti BN atau menukar kerajaan yang tidak berwibawa seperti Pas perlu didahulukan berdasarkan kaedah:

دراء المفاسد مقدم على جلب المنافع

( Menolak kerusakan hendaklah didahulukan berbanding mencapai manfaat yang diperjuangkan ).

Manusia akan ke syurga atau ke neraka berdasarkan amalan mereka, bukan sokongan kepada parti politik yang mereka menjadi ahli. Islam boleh ditegakkan dengan berbagai cara dan cabangnya, bukan semata mata melalui hukum hudud atau RUU 355 yang diperjuangkan oleh partinya.

Ukuran Islam dinilai kepada amalan dan pekerti yang kita tonjolkan, bukannya parti atau slogan yang kita laungkan. Itulah yang membezakan antara Amanah dan Pas serta Pas dan penyokong penyokong parti politik lain.

FB CHE IBRAHIM MOHAMED

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...