Monday, February 19, 2018

PAS DAN UMNO PERLU BERSATU UNTUK ELAK PERPECAHAN UNDI MELAYU DAN ISLAM

PAS DAN UMNO PERLU BERSATU UNTUK ELAK PERPECAHAN UNDI MELAYU DAN ISLAM


AMANAH pecah belah umat Islam dan undi Melayu kata Haji Hadi yang juga Presiden PAS. Dibawah saya sediakan pautan berita yang terkait komentar dari Presiden PAS kepada AMANAH:

•http://www.astroawani.com/berita-politik/kalau-nak-tubuh-parti-baru-silakan-hadi-43380

•https://youtu.be/7gLNZRK3VOI (AMANAH BUKAN TANDINGAN PAS)

•https://youtu.be/7Wju9uQFTaA (AMANAH HANYA PARTI KECIL)

•http://www.astroawani.com/berita-politik/amanah-ibarat-khadam-dap-bukan-saingan-kepada-pas-hadi-awang-101420

Dan banyak lagi. Namun diatas ini antara laporan berita ulasan Presiden PAS kepada AMANAH. Jika diteliti ulasan beliau amatlah tidak wajar Haji Hadi menzahirkan kebimbangannya kepada kewujudan AMANAH hari ini.


Apakah beliau lupa dengan agamalah masyarakat berpecah belah suatu masa dahulu? Bermain dengan syurga dan neraka hingga ada yang runtuh rumahtangga mereka. Maka AMANAH sudah pasti tidak menuju kearah pembuat hukum mengatasi tuhan.

Kehadiran AMANAH hanya mahu membawa sebuah nafas politik yang lebih bersifat rahmat dan membumi. Mana mungkin parti yang baru berusia lebih 2 tahun ini mampu memecahkan umat Islam dan undi melayu. Sedangkan PAS mengambil masa yang panjang membibitkan sentimen agama kedalam sanubari bani melayu.

Kalau begitu saya cadangkan untuk UMNO dan PAS bersatu bagi memastikan "undi melayu" itu tidak terpecah sekaligus menjayakan agenda "ummah" yang diperjuangkan oleh PAS.

Muhammad Syafiq Azmi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...