Saturday, February 17, 2018

JERAI : Langkah ke depan PAS tinggalkan lawan

JERAI: PAS UPU Pekan Gurun telah melancarkan Bilik Gerakan dirasmikan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat di Pekan Gurun, di sini semalam.

Perasmian tepat jam 12 malam disebalik kemeriahan warna warni dan bunyi tembakan bunga api sempena Tahun Baharu Cina oleh penduduk tempatan.

Turut sama menyemarakkan pelancaran ke arah persediaan PRU14 itu adalah Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Kedah, Mohd Saifuddin Hassan dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik, Ustaz Subky Sulaiman.

Hadir sama Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Kubang Pasu, B K Gumaresan dan Pengarah Pilihan Raya Dun Gurun, Muzaini Azizan.

Ustaz Mohd Azam dalam ucapannya menyentuh mengenai kematangan PAS menawarkan cadangan penyelesaian terhadap masalah-masalah dihadapi rakyat antaranya Dokumen Hijau.

Hal itu jelasnya, mendahului dan meninggalkan parti-parti politik lain di belakang yang masih berkemelut dengan masalah dalaman perebutan kerusi dan jawatan serta hilang keyakinan rakyat.

Lantaran dengki dan cemburu katanya, parti-parti tersebut menjadikan fitnah dan tohmahan terhadap PAS untuk mengalihkan tumpuan massa terhadap parti Islam ini setelah menyaksikan prestasi PAS kian memberangkangkan.

Oleh itu nasihatnya, ahli PAS mestilah tidak terpengaruh dengan dakyah dimainkan lawan sebaliknya menjadi agen parti menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Perkara seumpama turut diakui Gumaresan yang menyeru kaum bukan Islam untuk tidak takut dengan PAS sebaliknya melihat pengalaman pemerintahan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai bukti.

Jelasnya, pemerintahan PAS itu telah menunjukkan kejujuran dan keikhlasan terhadap rakyat tanpa mengira kaum, selain terbukti bersihnya pemimpin PAS apabila tiada seorangpun terseret kepada tuduhan rasuah.

Manakala Saifuddin dan Subky senada menyeru Pemuda menjadi golongan yang paling aktif dan gagah melaksanakan setiap aktiviti di UPU. - HARAKAHDAILY 16/2/2018

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...