Saturday, February 17, 2018

MSOnews : Kesempatan melayan 3 ceramah berlainan parti..


Malam tadi saya mengikut tiga ceramah politik dari parti berlainan di Kelantan disiar secara langsung menerusi Fb. Daripada Pakatan Harapan, BN dan juga parti agama.

Isu yang dibawa berlainan sama sekali. PH bawa isu rakyat, kesusahan rakyat kerana polisi atau pun cara Najib Razak mentadbir negara hari ini. Rakyat susah kerana barang naik disebabkan cukai GST, negara pula ketiadaan wang kerana ghuyup disebabkan skandal 1MDB.

Parti gemula chek pula tidak habis dok cerita soal dosa dan pahala. Baca Quran akan dapat pahala sekian-sekian. Soal kebejatan Najib langsung tidak disentuh kerana takut Najib tak bayar gaji kakitangan kerajaan. Tuduhan kerajaan Kelantan lemah dan seleweng tak dijawab, buat lembu kenyang sahaja.


BN pula penceramanya tidak sentuh langsung hal susah payah rakyat, nak makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Apa yang duk cerita ialah Umno parti yang berdasarkan perjuangan manakala parti lain ditubuh kerana peribadi tokoh. Perjuangan apa kalau rakyat terjempit dengan seribu masalah tidak dipedulikan.

Isu harga getah turun, padi tak menjadi, anak2 muda tak ada kerja, dan lain-lain masalah langsung tidak diceritakan. Yang kerap disebut dan disembur kepada rakyat kononnya DAP akan menguasai negara ini.

Tidak habis-habis penceramah Umno walaupun duduk KL tetapi mengajar ilmu hisab terbalik kepada orang kampung. Inilah ciri-ciri kelemahan dan kehancuran Melayu, parti politik tidak sekata dan bergerak mengambil jalan masing-masing. Apa pula ada penceramah yang takut untuk mengatakan kebenaran kerana bimbang poket kurang kembung. Trims.

Mohd Sayuti Omar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...