Monday, March 12, 2018

Jurutera jual nasi persepsi Mahathir betul

SUBKY LATIF


BETAPA jurutera yang amat diperlukan oleh orang Melayu tetapi memilih menjual nasi lemak sebagai kehidupannya menyebabkan Dr Mahathir menempelak kerajaan di bawah Najib.

Itulah nilai kerajaan yang ada hingga jurutera, unuk maka sesuap pagi dan sesuap petang, terpaksa berniaga nasi lemak.

Berniaga nasi lemak tidak hina. Ia adalah lebih mulia dari berniaga dadah dan perdagangan orang. Nabi pun zaman remajanya jadi jurujual kepada pedagang wanita terbilang di Makkah. Tetapi itu adalah permulaannya dalam bidang pekerjaan.

Jurutera yang jual nasi lemak adalah gara-gara ramainya orang berkelulusan tinggi tetapi tiada pekerjaan. Universiti Perguruan Sultan Idris mengeluarkan ribuan graduan guru tetapi tidak cukup sekolah untuk menampung mereka. Sekarang bukan saja lulusan tinggi payah dapat kerja, ribuan yang sudah bekerja dibuang kerja.

Kita pernah ada bekas tentera tiada kerja dan mereka digaji jadi komunis oleh komunis yang diperangnya dulu. Baik juga jurutera itu jual nasi lemak, amat malang kalau dia ambil upah sebagai penumpang kapal terbang hantar dadah ke negara asing dan ditangkap sebaik mendarat. Atau dia ambil upah sapu muka abang pemimpin Korea Utara dengan upah RM400.

Mungkin jurutera itu berjiwa berniaga dan bermula dengan buka gerai nasi lemak. Tapi dalam suasana pengangguran terhormat bertimbun-, payah orang menerima seorang lulusan sains yang kerajaan atau ibu/bapanya melabur ribu-ribu menyekolah tinggikannya, bila tamat jual nasi lemak.

Sekalipun minat niaga, kerja dulu di bidang kejuruteraan. Dengan pengalaman kerja itu nanti, berhenti dan berniaga, nescaya senang jadi jutawan. Unuk jadi jutawan mesti beniaga, bukan rasuah. Tapi niaga itu bukan jual nasi lemak. Saudagar nasi lemak juga lumayan tetapi payah jadi jutawan.

Jika minat jadi saudagar nasi lemak, tidak perlu belajar jadi jurutera. Ilmu jurutera itu akan membazir bila jadi peniaga nasi lemak. Bila ilmu kejuruteraan itu hendak digunakan? Kalau lulusan pondok jual nasi lemak, ilmunya boleh juga untuk beri kuliah di surau dan masjid. Berguna juga ilmunya.

Ilmu kejuruteraan nescara membazir kecuali kemudiannya dia tinggal nasi lemak itu pada orang lain, dia kerja di bidang kepakarannya. Teknik masak nasi lemak dan memasarkannya tidak perlu belajar kejuruteraan, kecuali nasi lemaknya hendak difrancais ke seluruh dunia seperti ayam goreng Kentucky.

Hendak belajar masak nasi goreng mari jumpa isteri saya. Setelah 40 tahun kahwin saya tidak jemu dengan nasi gorengnya. Nasi goreng kampong, nasi goreng Hailam, semua saya tidak minat. Tetamu sarapan tidak tolak jemputan saya kalau diberitahu ada nasi goreng.

Memang payah dapat pekerjaan sekarang, tapi kalau jurutera berniaga nasi lemak, orang ajaib akan pilihannya, tapi persepsi semua ia adalah tanda teruknya kerajaan dan urusan Negara kita sekarang. Jurutera Bangladesh dan Indonesia boleh datang kerj di Malaysia, tetapi jurutera kita yang menganggur hendak ke mana?

Tanggapan awal kejadian itu ialah Najib telah mmbazirkan jurutera dan lulusan pengajian tinggi kita. Najib mungkin wujudkan banyak peluang pekerjaan,tapi untuk warga Bangladesh dan Indonsia. Bukan untuk belia kita.

30 tahun dulu Tan Sri Megat Joned kata saya aniaya anak-anak hantar mengaji Quran di Turki. Balik nak jadi apa. Jawab saya, kita ada 17 universiti. Semua ada fakulti kejuruteraan. Bila satu jawatan jurutera kosong ribuan yang mohon. Anak saya ke Turki untuk belajar sejarah Empayar Othmaniyah. Jika dia jadi pakar sejarah Othmaniyah, 17 universiti mengambilnya jadi profesor. - HARAKAHDAILY 5/3/2018

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...