Monday, March 12, 2018

Ulama PAS label ahli AMANAH ibarat pendatang haram Bangladesh

Ahli Amanah ibarat dari 'Bangladesh'

Ahli Amanah ibarat dari 'Bangladesh'
KUALA LUMPUR - Ahli Amanah bukan pendokong sebenar Pas sebaliknya datang daripada pelbagai kumpulan.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, beliau melabel ahli Amanah ibarat pendatang haram Bangladesh yang dihantar pulang ke negara asal.

Menurutnya, mereka dijemput masuk ke dalam Pas atas dasar membuka wadah perjuangan yang lebih luas.

“Mereka bertapak dalam Pas sehingga menjadi majoriti dalam jawatankuasa tapi sayang mereka mengkhianati perjuangan Pas.

“Mereka ibarat pulang ke ganggang dan mengambil keputusan membina parti baharu menggunakan lambang ‘Adidas’.

“Pas tidak berpecah hanya kumpulan kecil yang tersasar, di kebanyakan ahli Amanah adalah bukan pendokong Pas,” katanya.

Belaiu berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Pas kawasan Bandar Tun Razak kali ke-30, semalam.

Katanya, beliau meminta ahli memberikan ketaatan dan kepatuhan semaksima mungkin supaya pimpinan boleh mencatur strategi politik.

“Pas harap ahli matang tidak membincangkan hal remeh temeh dan tidak mudah melatah dengan fitnah kerana tahu serangan itu datangnya dari musuh, buat tak tahu saja kerana manusia tak pernah cukup.

“Pas ramal dapat sekurang-kurangnya menang 40 kerusi parlimen menerusi strategi Gagasan Sejahtera yang turut membenarkan logo Pas digunakan calon lain termasuk bukan Islam sebagai semangat Pas tidak pernah mencari musuh,” katanya.

Katanya, hanya tiga parti yang relevan selepas PRU14 iaitu Pas, Umno dan DAP.

“Parti lain selamat tinggal. Kalau kawasan Melayu yang menang adalah Pas atau Umno saja, manakala DAP bagi kawasan selainnya.

“Pas telah melalui fasa perit sejak awal penubuhannya pernah menang hanya dua kerusi, tak dapat pulang deposit dan dianggap parti yang pelik namun membuktikan Pas adalah parti teguh.

“PRU14 adalah berbeza dengan pilihan raya sebelum ini yang Pas menggunakan strategi sangat berkesan untuk masyarakat majmuk,” katanya.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...