Sunday, April 8, 2018

Mai sembang bab duit BRIM yang Najib umum malam tadi..!

Part 1.


Untuk makluman, penerimaan BR1M telah dikecilkan akibat kekurangan dana dari kantung kerajaan. Rasional yg cukup jelas dgn Kadar Kebergantungan Hutang Negara (HUTANG) hampir RM1trilion meninggkat dgn mendadak walaupun GST di laksanakan. Bila GST diwujudkan...

Kutipan GST bermula 1 April 2015 pada kadar 6% dalam pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013 sebaik saja PRU13 berakhir 5 Mei 2013. Maksudnya Umno Baru & BN berjaya mewujudkan Kerajaan Minoriti bermula 6 Mei 2013 mengambil peluang sbg Kerajaan Pemerintahan Sementara di bawah Ydp Agong selama 5 tahun & tamatnya 7 April 2018.

Dan yg terbaru bagi mengekalkan kuasa di PRU14, dgn tidak semena pihak parti Umno Baru & BN kata BR1M naik sekali ganda dari RM1200 kepada RM2000 ?

Dahulu pihak pembangkang PR bercadang nak buat pemberian rakyat RM500/ bulan tapi puak kleptokrasi ini kata negara akan bankrup. Akhirnya mereka sendiri buat... Lani naik RM`2000 tak bankrup ?


Dan tahukah Malaysia bahawa terlalu ramai penerimaan BR1M yg berkelayakan hingga kini masih tidak terima wang brim walaupun di sistem LHDN mengatakan dah lulus ? Apa alasan mereka sebelum pembubaran Parlimen kemarin...

đŸ‘‰Penerima BR1M berkurang kerna pendapatan rakyat meningkat.

Bukan pendapatan rakyat yg meningkat, sebaliknya kaedah pengurangan pembayaran dgn mengenakan syarat agar setiap tahun penerima kemaskini data maklumat individu di LHDN & sistem online. Natijahnya jika kalian punya SSM pun ditolak, & kalian terpaksa buat rayuan. Kini pihak LHDN akan minta pengesahan sijil kahwin sbg syarat update fail BRIM. Tiada sijil kahwin, maka BRIM kalian pasti di tolak walaupun pendapatan keluarga kurang dibawah RM3k. Tidak mustahil, akan ada syarat baru bahawa anak muda yg bekerja di perlukan minta surat pengesahan majikan status gaji. Yg bekerja sendiri, dapat RM600 sebulan pasti kan kecundang utk BR1M.

Puak nih hanya perkotak katikkan rakyat agar mereka terus menjajah negara kita berterusan. Maka harini mereka laungkan BRIM di naikkan, tujuannya agar Bangsa Melayu & bangsa lain seluruh Malaysia ketagih duit brim ini akan mengundi mereka.

Maka, utk menampung kenaikan BRIM ini.....GST secara pasti akan dinaikkan kepada 8% - 10% sekiranya parti umno baru & bn ini menang PRU14! Kesan berantai, dgn kenaikan GST ini,,,,,, harga barangan seluruh Malaysia akan naik mendadak.

Bahkan jika duit BRIM kalian itu di masukkan terus ke bank, GST dikenakan serta merta setiap kali pengeluaran di bank. Bukan setakat wang brim, tapi wang gaji bulanan kalian juga hilang 6% setiap pengeluaran.

Kalian bayar cukai LHDN & pelbagai cukai lain. Belian barang dapur pun di cukai. Nah,,,,,, cubalah kira jika gaji rakyat purata RM1200 ini dikenakan pd GST 10% sekiranya umno baru & bn menang sekali lagi.

Part 2 akan menyusul...

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...