Sunday, April 8, 2018

Penting pakatan pembangkang bersatu: Mohamed Azmin

 Azmin Ali
PASIR GUDANG - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersyukur selepas semua parti pakatan pembangkang bersetuju menggunakan simbol dan logo PKR pada PRU14.

Menteri Besar Selangor itu berkata, lebih penting adalah semua parti komponen Pakatan Harapan (Harapan) bersatu demi menjatuhkan Umno dan BN pada PRU akan datang.

“Saya bersyukur kerana semua parti telah mengambil ketetapan bahawa yang penting hari ini ialah parti-parti pembangkang mesti bersatu demi menjatuhkan Umno-BN yang korup.

“Ini satu kejayaan yang luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut selepas selesai Jelajah Harapan Malaysia di Taman Bukit Dahlia di sini, semalam.


Mohamed Azmin memuji pengorbanan yang dilakukan oleh DAP untuk turut sama menggunakan simbol dan logo PKR pada PRU kali ini.

“DAP sebuah parti lama yang telah berjaya menubuhkan Kerajaan Pulau Pinang dan memenangi banyak kawasan parlimen, tetapi sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...