Sunday, April 8, 2018

Pas Kedah tampil 70 peratus muka baharu

 Pas Kedah tampil 70 peratus muka baharu
KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah akan menampilkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu sebagai calon parti untuk bertanding dalam PRU14 akan datang.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrulrazi berkata, 70 peratus muka baharu itu terdiri daripada Ulamak, Pemuda, Muslimat dan calon bukan Islam bertanding menggunakan lambang Pas.

Menurut Ahmad Fakhruddin, Pas Kedah turut mengekalkan 30 peratus calon muka lama untuk bertanding semula dalam PRU itu sebagai usaha menawan kembali Kedah.

“Walaupun kita meletakkan banyak muka baharu bertanding di kerusi Dun dan Parlimen, bagaimanapun saya yakin calon berkenaan mampu memikat hati pengundi nanti.


“Dengan aura tersendiri dimiliki calon muka baharu, kita yakin ia kita memenangi kerusi yang ditandingi. Lagipun, parti lain kebanyakan meletakkan calon lama,” katanya selepas Himpunan Pendidik @ HMK7K di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pas Kedah mengumumkan kesediaan bertanding di semua 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen pada PRU14.

#pru14 #aparakyatmahu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...